Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | MESYUARAT SUSULAN KEMPEN ‘SAVE OUR SCHOOL’ JASMINE ASH SHAM – PPIM – 29/05/2025
29 May 2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke mesyuarat susulan Kempen ‘Save Our School’ anjuran Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham (Jasmine Ash Sham).

Kempen Save Our School merupakan usaha mencari dana berterusan bagi membantu mengekalkan operasi Jasmine Ash Sham yang kini berdepan dengan masalah kewangan.

Jasmine Ash Sham ialah sebuah pusat pendidikan untuk kanak-kanak pelarian Syria yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Selain itu, pusat ini turut memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian dari Palestin, Somalia, Sudan, Nigeria, Mesir, Iraq, Iran, Oman dan Sri Lanka.