Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PELEPASAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE JOHOR – PPIM – 27/01/2021
27 Jan 2021

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG.

Mesin basuh, baju kurung dan barang keperluan asas. Inilah hasil sumbangan anda dalam Misi Bantuan Pasca Banjir. Semoga hasil sumbangan ikhlas anda dapat memberi manfaat kepada mereka dan menjadi saham pahala buat anda semua.

Misi Bantuan Pasca Banjir yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) turut menerima bantuan berbentuk pakaian dari sebuah syarikat pengeluar baju kurung, Sabella.

Tidak ketinggalan penglibatan bersama dari beberapa pihak lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Fratelli Holdings, Sumbangan.com, SATRIA, Icon Production, Tender DB, minyak masak Kiara, Edaran Jutamas Sdn Bhd, dan Microclear Bio.