Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri perbincangan bersama Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di KPDNHEP Putrajaya.
Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Konsumerisme dan Kawalan Industri Bahagian Penguat Kuasa, Tuan Saifulbahri Abdul Kadir yang membincangkan isu ejen pemilikan semula barangan.