Kuala Lumpur, 27 Januari – PPIM bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan satu perbincangan mengenai isu kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk.
Satu ‘task force’ telah ditubuhkan bagi menangani isu ini dan satu memorandum yang mengandungi resolusi bagi menanganinya akan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 30 Januari 2020 (Khamis) ini, jam 12.30 tengahari.