Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PPIM BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH – PPIM – 07/03/2024
07 Mar 2024

07 Mac 2024 – Perjumpaan Khas antara Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil-wakil dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam telah mengadakan perjumpaan istimewa bersama YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk membincangkan isu-isu penting yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu dalam negara.

Perbincangan yang memfokuskan “kedudukan” Melayu kini telah diadakan di kediaman rasmi Rumah Putih, Jalan Langgak Golf.

Antara hadirin yang turut menyertai perbincangan termasuklah wakil-wakil dari Pekida Malaysia, Srikandi Malaysia, Permas Malaysia, serta beberapa tokoh dan pemimpin lain dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam.

Turut dibincangkan adalah keperluan untuk menjaga keseimbangan dalam masyarakat serta memperkukuhkan kedudukan ekonomi, pendidikan, dan kebudayaan Melayu.