

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan kunjungan ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan perbincangan bersama Tuan Haji Mohd Zaidi bin Mat Zain, Head of Corporate Affairs TNB.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama antara PPIM dan TNB menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berfokus kepada kebajikan masyarakat. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peluang melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti melalui kerjasama strategik antara PPIM dan TNB.








