Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan niaga PPIM hari ini mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Dasar Kepenjaraan, YBhg Dato’ Haji Nordin Haji Muhamad di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang. Perjumpaan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.
Perjumpaan membincangkan berkenaan “Program Penempatan Semula”.
Turut hadir, rakan niaga Restoran Rangkaian Ali Maju, Mobile Infak dan Hot Burger Malaysia.