4 Januari 2025 – Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri mesyuarat penubuhan Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), iaitu gabungan NGO-NGO Islam bagi membela dan mempertahankan isu-isu ancaman serta gangguan terhadap agama Islam dalam negara kita.
Dengan tertubuhnya sekretariat ini, gerak kerja amar makruf nahi munkar dapat dilaksanakan dengan tersusun dan bersepadu.