Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PPIM DAN PERKESO PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DEMI KESELAMATAN MASYARAKAT – PPIM- 28/04/2026
29 Apr 2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan pertemuan strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed bagi membincangkan usaha memperkukuh pencegahan kemalangan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dalam kehidupan seharian dan persekitaran pekerjaan.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan kempen kesedaran keselamatan secara berterusan di peringkat nasional, pengukuhan kerjasama melalui media dan program komuniti, serta peranan PPIM sebagai rakan strategik dalam advokasi keselamatan pengguna.

Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan membudayakan sikap berwaspada, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan holistik.

Hasil pertemuan ini, PPIM dan PERKESO bersetuju untuk menjalinkan kerjasama berterusan serta membangunkan pelan tindakan bersama yang memberi fokus kepada pendidikan masyarakat, kempen kesedaran dan penglibatan komuniti secara menyeluruh.