AKTIVITI PPIM – KETIBAAN DELIGASI PERSATUAN SENI BELA DIRI VOVINAM VIETNAM
18 Mar 2011
KETIBAAN DELIGASI DI KLIA PADA 17 MAC 2011
SEKITAR HARI PERTAMA LATIHAN
KETIBAAN DELEGASI SENI BELA DIRI VOVINAM VIETNAM
BAGI PERASMIAN AKADEMI SENI BELA DIRI VOVINAM MALAYSIA
SEMPENA KEMPEN PINGAT EMAS DI SUKAN SEA INDONESIA, 2011
Seramai 15 orang delegasi dari Persatuan Seni Bela Diri Vovinam Vietnam telah tiba di KLIA dengan diketuai oleh ketua delegasinya Nguyen Hung Timbalan Pengarah Ho Chin Minh City Department of Culture, Sport and Tourism Vietnam
Turut Serta di dalam rombongan berkenaan ialah Master Nguyen Van Chieu yang juga Naib Presiden Persekutuan Seni Bela Diri Vovinam Dunia.
Kehadiran mereka ke Malaysia adalah atas rangka promosi sukan seni bela diri Vovinam yang akan dipertandingkan untuk julung-julung kalinya di Sukan Sea 26 yang akan diadakan di Indonesia. Kehadiran mereka adalah atas undangan Akademi Seni Bela Diri Vovinam Malaysia yang baru ditubuhkan.
Sehubungan dengan kehadiran mereka, pihak Akademi Seni Bela Diri Vovinam Malaysia dengan kerajasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan demonstrasi seni bela diri vovinam, di mana para peserta delegasi dari Vietnam ini akan mempamerkan kemahiran mereka pada Ahad, 20hb Mac ini bertempat di Stadium Badminton Cheras bermula jam 2.00 petang. Masuk adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir.
Sepanjang satu minggu delegasi ini berada di Malaysia mereka akan melatih atlit Malaysia tentang sukan seni bela diri ini dan seterusnya berharap atlit yang dilatih oleh mereka mampu untuk bertanding di Sukan Sea Jakarta dan seterusnya merangkul pingat untuk Negara buat pertama kali. Pihak media yang berminat untuk membuat liputan sepanjang latihan ini, boleh menghubungi sekretariat di talian 0199130000.[end]
Post Views: 227