Sedang berlangsung, Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa di Dataran PPR Kg Baru Air Panas anjuran bersama Ogo Shop Sdn Bhd, Veteran 1 Malaysia dan PAWE Setiawangsa.
Program telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
PPIM diberikan pernghormatan bagi menyampaikan ceramah bertajuk ‘Scammer Berleluasa, Anda Pasti Kena!’ yang disampaikan oleh Ketua Biro Latihan & Penyelidikan PPIM, Dr Izham Nayan.
Pelbagai gerai jualan komuniti, gerai jualan usahawan-usahawan PPIM dan food truck diadakan sepanjang program ini.
Turut diadakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat seperti pemeriksaan kesihatan percuma KKM, Mini Petting Zoo, Taklimat Kerjaya (Smart College), pameran pelbagai agensi kerajaan, sukaneka dan lain-lain lagi.