Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-27: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 29/11/2025
01 Dec 2025

29 November 2025 – Pada musim hujan ini, tebing Sungai Gombak di Villa Puteri dipenuhi tanah mendapan. Kerja-kerja pembersihan tebing sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan kawasan.

Kebun Bandar Villa Puteri mengambil peluang untuk memanfaatkan tanah sungai tersebut — sebanyak 10 tan — bagi memenuhi keperluan aktiviti kebun.

Kami juga mengalu-alukan kehadiran sukarelawan luar yang ingin membantu meringankan kerja-kerja pembersihan yang agak mencabar pada Sabtu hadapan (06/12/2025) di kawasan kebun.