Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI |  SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 12/09/2026
14 Sep 2026

Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia 2026 pada Sabtu, 12 September 2026 dengan tema “Saya Anak Malaysia”.

Pelbagai aktiviti menarik dan permainan sukaneka telah diadakan antaranya cangkok helmet, tarik upeh, tarik tali dan kuiz patriotik. Hadiah turut disediakan untuk kanak-kanak.

Program turut diserikan dengan nyanyian Sejahtera Malaysia secara beramai-ramai, deklamasi sajak patriotik serta demonstrasi kesedaran memadam kebakaran oleh Abam Bomba KL.

Selain itu, Chef Liza turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan hasil kebun seperti nangka dan daun moringa.

Sambutan turut dihadiri komuniti kondo, ahli PPIM serta rakan-rakan KBVP dan dimeriahkan dengan hidangan makanan serta minuman untuk para tetamu.

Team KBVP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2026.