Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | TARIF ELEKTRIK: PPIM BERUSAHA GIGIH MEMBELA KEPENTINGAN PENGGUNA – PPIM – 22/09/2026
23 Sep 2026

Situasi Pengguna kini menjadi semakin keliru dan tertekan akibat peningkatan drastik bil elektrik secara tiba-tiba tanpa penerangan mendasar kepada akar umbi rakyat.

Justeru, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan pertemuan bersama CEO TNB bagi membincangkan isu semasa yang dihadapi rakyat, khususnya berkaitan peningkatan bil elektrik dan kesannya kepada pengguna.

PPIM menghargai kesudian CEO TNB untuk berdialog secara terus dan dari hati ke hati bersama PPIM sebagai suara pengguna.

Hasil perbincangan, PPIM dan TNB bersetuju untuk bekerjasama membuat kajian, semakan serta perkongsian maklumat bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pengguna, khususnya mereka yang terkesan dengan peningkatan bil terkini.

Antara persetujuan utama ialah mengadakan sesi penerangan, bimbingan dan dialog bersama bagi menyampaikan maklumat yang tepat serta mendidik pengguna supaya lebih memahami penggunaan elektrik, mengurus penggunaan dengan berkesan dan menjadi pengguna yang lebih bijak dan bertanggungjawab.

Duduk bersama, dengar suara pengguna dan cari penyelesaian SEGERA secara bersama.

Toqqi menyeru Seluruh Jentera Sukarelawan SYB PPIM digesa mendapatkan maklumat kesan kenaikan ini dari segenap pelusuk dan menyalurkan kembali kepada PPIM secara segera.