ALBUM PPIM : SEKITAR FORUM ‘RUMAH TERBENGKALAI-IGAUAN DAN MIMPI NGERI PEMBELI’
14 Oct 2011
Seramai lebih kurang 120 peserta telah menghadiri forum ini yang telah berlangsung di Bilik Kelantan, PWTC. Majlis telah dirasmikan oleh Y Bhg Tuan Hj Mokhtar Yob , Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan KL.
Moderator bagi forum ini adalah Y Bhg Datuk Jacob George, Presiden Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam Selangor,CASSA dan panel pula adalah En. Mohd Zulkifli Hassan, Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta En. Anuar Ibrahim, Pengerusi Protem Komuniti Mangsa Rumah Terbengkalai Pulau Indah.
Pelbagai perkara telah dibincang, dikupas dan dihuraikan walaupun pihak Bank Negara Malaysia tidak dapat hadir sebagai panel.
Tunggu laporan khas kami melalui youtube nanti…
Jumpa di sesi 2 dan 3 forum esok di tempat yang sama, Bilik Kelantan, PWTC:
1) 9.00pg : Perbankan Islam-Satu Penindasan?
2) 2.00ptg : Baitulmal-Antara Amanah, tanggungjawab dan realiti?
Pendaftaran masih dibuka. Sms atau hubungi sekretariat 0199130000 atau 0193591000.
Post Views: 122