Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“ANGKARA SOMBONG, MENJADI TIDAK BERGUNA KEPADA MASYARAKAT”- Toqqi
24 Dec 2019

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf susulan daripada kejadian viral yang melibatkan pesakit kanser tahap 4 baru-baru ini. Namun begitu PPIM tetap menyarankan supaya pemantauan dilakukan ke atas kakitangan yang dilantik kerana isu ini mencerminkan keperibadian yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada pengguna.

“Isu ini berpunca dari salah laku individu itu sendiri. Sememangnya keputusan yang dilakukan itu berpandukan SOP, namun perkara yang dilaksanakan itu bertujuan bagi memudahkan kehidupan rakyat. Sekiranya perkara tersebut menyusahkan rakyat, maka itu adalah tidak patut dan ianya harus diubah demi kepentingan rakyat kecuali perkara yang melibatkan keselamatan negara,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, pihak KWSP mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman khidmat masyarakat selama sebulan kepada pegawai terbabit kerana dia seharusnya menjalani tugas dengan betul dan bukannya tidak peduli akan keadaan pencarum.

“Perkara ini tidak seharusnya timbul. Saya ingin mengingatkan kepada semua agensi supaya jangan menjadikan agenda atau kesombongan yang ada dalam fikiran itu, menjadikan diri sendiri tidak berguna kepada masyarakat,” tambahnya.

PPIM menggesa kepada semua agensi untuk tidak sombong dalam menjalankan tugas kerana perkara ini mampu menjejaskan nama baik agensi dan menghilangkan kepercayaan pengguna. Isu ini perlu dilihat secara mendalam agar tidak menjadi ikutan kepada agensi-agensi yang lain.

#PPIM #toqqitegur #toqqipesan #KWSP #viral