Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
APLIKASI PELACURAN. KAFIR BUAT, MELAYU ISLAM LANGGAN
19 Dec 2019

Kenyataan pengasas aplikasi Sugarbook, Darren Chan mengatakan bahawa aplikasi ini adalah untuk memperkasakan hak wanita dalam memilih hubungan yang mereka kehendaki dan bukanlah aplikasi untuk mempromosikan gejala pelacuran. Sebaliknya, kenyataan ini dibidas oleh Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan bahawa wanita adalah kaum yang perlu dihormati dan bukannya diberi pendedahan yang boleh merosakkan mereka.

“Dalam iklan ini, saya tidak melihat aplikasi Sugarbook ini mampu meningkatkan taraf wanita. Kalau wanita ada masalah, keluarga dan institusi kerajaan harus mengambil tindakan segera. Bukannya dibebaskan begitu sahaja,”katanya.

Menurutnya lagi, persepsi ini perlu jelas dan tidak boleh dilihat dari segi liberalisma wanita. Malangnya, masyarakat Islam kini mudah terdedah dan terpengaruh dengan anasir barat yang bergerak seiring dengan teknologi.

“Seharusnya pengguna perlulah banyak membaca dan memahami konsep Islam itu sendiri. Semua inginkan kebebasan dan itu adalah salah dari konsep Islam. Perkara ini seharusnya diperhalusi dengan baik sebelum membuat sebarang penilaian kerana YWP harus faham bahawa Islam adalah agama Persekutuan,” tambahnya.

PPIM menyarankan YWP mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan pengguna juga diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

#PPIM #Toqqitegur #Toqqimarah #DBKL #MCMC #Malaysiaku #YWP #viral #Muslim #Sugarbook #DarrenChan #socmed