Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan penambahan aset sekurang-kurang 30 peratus bagi memudahkan gerak kerja anggota, terutama dalam operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail, menjelaskan penambahan untuk kekuatan logistik itu sangat penting.
Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap ia diperoleh menjelang akhir tahun ini secara berfasa, terutama aset meliputi bot, trak, ambulans dan kenderaan pacuan empat roda.
Ketika ini, katanya, APM memiliki lebih 400 pengangkutan darat dan kira-kira 600 bot, selain kekuatan 5,000 anggota bagi operasi pengurusan bencana banjir.
Artikel oleh: Harian Metro
APM PERLU TAMBAHAN ASET BANTU OPERASI MENYELAMAT, HADAPI BENCANA
https://www.youtube.com/watch?v=9EWWxq8ENrA&feature=youtu.be