Klang akan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 jika sistem pentadbiran dan intergriti tidak diperbaiki.
Klang telah dilanda banjir lima kali dalam tempoh lima bulan, dengan yang paling teruk pada 17 dan 18 Disember 2021 tahun lepas.
Kenaikan paras air laut dan perubahan iklim dijangka melanda Klang dengan teruk pada masa hadapan, jika tiada langkah mitigasi dilaksanakan.
Ini adalah amaran dan ancaman kepada penduduk Klang dan PPIM menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki semua sistem keselamatan dan patuhi integriti.
“Klang akhirnya akan ditenggelami air menjelang 2050 jika tiada apa yang dilakukan.”
Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik (Cent-GPS), yang mengatakan bahawa banyak bandar pantai di negara ini, termasuk Klang akan berada di bawah air dalam tempoh kira-kira 30 tahun.
PPIM juga merujuk kepada laporan penyelidikan lain yang dikeluarkan oleh Nature.com yang mengatakan bahawa sebahagian daripada Klang akan berada di bawah air akibat peningkatan paras laut dan perubahan iklim.
Klang merupakan bandar pelabuhan terpenting dengan kepadatan penduduk yang tinggi yang memerlukan perhatian serta kepimpinan yang amanah dan meningkatkan kapasiti sistem perparitannya dan mendidik masyarakat yang patriotik.
Tanggungjawab pihak PBT untuk melebarkan longkang monsun, menambah kapasiti pintu air, membina kolam penahan banjir, dan menambah ketinggian benteng di sepanjang kawasan pantai dan tempat berisiko.
PPIM menyeru melatih pegawai penguatkuasa yang penuh integriti, amanah bertanggungjawab untuk pekerjaan ini.
Enam negeri telah dilanda banjir sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan berpuluh-puluh nyawa terkorban dengan kerosakan besar pada harta benda serta gangguan besar kepada ekonomi.
Bagi golongan B40 dan M40 banjir kali ini amat membebankan keluarga kerana mereka terpaksa menanggung kerugian dan kesengsaraan akibat banjir selepas menghadapi kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik Covid-19.
Artikel oleh: Hj Yann