Semangat patriotisme mampu membentuk sokong beli barangan tempatan. Rakyat Malaysia perlu semangat patriotisme kalau tidak kita, siapa lagi!

Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong membeli produk tempatan sehingga dikenali dunia sebagai produk berkualiti.

Rakyat Jepun bertindak membantu apa juga industri negara mereka termasuk industri automotif kerana mempunyai semangat patriotisme secara praktikal.

Pada permulaan Jepun menceburi bidang automotif, keluarannya tidak begitu tinggi mutunya namun sokongan rakyatnya yang patriotik menyebabkan industri itu dapat diperbaiki lagi.

Dalam pembuatan kereta mereka semakin lama semakin maju sehingga hari ini sampai ke tahap dikenali dunia sebagai negara yang keluarannya bermutu tinggi. Inilah hasil pengorbanan rakyat Jepun pada awalnya yang membeli barangan buatan mereka sendiri.

Orang Malaysia juga suka membeli kereta Jepun yang berkualiti walaupun harga lebih mahal dari Proton.

Jika rakyat Malaysia dapat mencontohi sikap patriotisme orang Jepun, kita akan membangun dan menjadi negara maju. Kalau kita sendiri tidak sokong bangsa kita, siapa lagi?

Jepun, Korea dan China yang mana mereka maju dengan pesat sebab kualiti budaya mereka.

Mereka kerja keras dengan menentukan hasil sebaik mungkin sehingga berjaya sebaik mungkin.

Itulah sampai hari ini, kita tidak jumpa kereta Austin, Morris di atas jalan raya hanya kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Geely.

Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat mulia, amanah dan jati diri serta nilai hidup untuk memulihkan dan membangunkan negara.

Orang Jepun malu sangat kalau gagal melaksanakan arahan dan matlamat. Tetapi orang Malaysia marah sebab tidak dapat sesuatu bantuan dari kerajaan.

Kakitangan dan pimpinan penjawat awam dan orang politik bertanggungjawab dengan berpegang pada budaya mulia dan menolak segala perbuatan rasuah. Kalau pemimpin kita  sering mengamalkan rasuah, negara akan hancur.

Patriotisme – Sayangi Malaysia,  Sayangi Produk Tempatan.

Artikel oleh: Hj Yann