Persatuan Pengguna Islam Malaysia ppim mahu pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri memantau atau mengenakan prosedur tertentu bagi mereka yang menawarkan pakej korban kepada orang ramai.
Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, pihaknya menerima aduan kebimbangan orang ramai yang mahu pihak berwajib meneliti individu atau syarikat yang menawarkan pakej korban terutamanya membabitkan ibadah korban di luar negara yang meragukan.
Artikel oleh: Astro Awani
AWAS PAKEJ KORBAN YANG MERAGUKAN – PPIM
http://www.astroawani.com/video-malaysia/awas-pakej-korban-yang-meragukan-ppim-1856004