Bantuan Infaq Rezeki beri kelegaan pada penerima terkesan PKPD
Kuala Lumpur, 6 Julai 2021 – Hari ini sumbangan kotak INFAQ REZEKI berjaya disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan di kawasan yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Air Panas, Setapak & Flat Seksyen 1, Wangsa Maju oleh Unit Kebajikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UKPPIM) dengan kerjasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Team Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Balai Polis Wangsa Maju, & SCOPURS Malaysia.
Dana-dana telah dikumpulkan menggunakan melalui platform atas talian iaitu ‘sumbangan.com’ bagi Kempen INFAQ REZEKI atas kerjasama, keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan.
Artikel oleh: The Rakyat TV
BANTUAN INFAQ REZEKI BERI KELEGAAN PADA PENERIMA TERKESAN PKPD