Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN LONJAKKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN – HARIAN METRO – 10/02/2021
11 Feb 2021

Kuala Lumpur: Program sumbangan kepada petugas barisan hadapan dijalankan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mampu melonjak semangat kesukarelawanan di negara ini.

Ini kerana, sukarelawan dapat melihat sendiri bagaimana cabaran petugas barisan depan dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan adanya sumbangan daripada NGO, sukarelawan dapat berkongsi rasa dan bebanan tugas pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.

Katanya, menerusi cara itu mereka dapat mempelajari secara khusus apa yang dilihat di lapangan dan ia boleh digunapakai dalam program akan datang.

“Kita tidak mahu bercakap kosong mengenai peranan petugas barisan depan. Masing-masing ada peranan perlu dimainkan.

“Jadi dengan turun padang menyantuni mereka, sukarelawan akan tahu betapa teori saja tidak cukup untuk kita bentuk masyarakat prihatin di negara ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di ibu negara, hari ini.

Antara lokasi itu termasuk Jalan Kuching, Bangsar, Pantai Dalam, Jalan Tuanku Abdul Halim, Selayang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Nadzim berkata, ia hasil sumbangan individu dan beberapa syarikat korporat dan akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha menyantuni petugas barisan depan serta melatih sukarelawan dengan disiplin kerja yang tinggi.

Menurutnya, sepanjang PKP ini adalah tempoh sesuai untuk kita tingkatkan disiplin diri, baik kerja NGO mahu pun hidup seharian kerana ia adalah norma baharu yang perlu disesuaikan pada masa ini.

Artikel oleh: Harian Metro

BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN LONJAKKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/673386/bantuan-kepada-petugas-barisan-hadapan-lonjakkan-semangat-kesukarelawanan