Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BEKAS KPN CALON TERBAIK KETUAI SIASATAN TERHADAP AZAM BAKI – MAJORITI – 18/01/2022
19 Jan 2022

DAKWAAN pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih hangat menjadi polemik pelbagai pihak.

Meskipun Azam mendakwa saham tersebut adalah milik adiknya iaitu Nasir Baki namun penjelasan beliau terhadap isu tersebut dilihat tidak berasas.

Justeru itu, bagi melicinkan proses siasatan terhadap dakwaan tersebut, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat bahawa bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan adalah calon terbaik untuk mengetuai jawatankuasa khas menyiasat isu berkenaan.

“Mantan KPN sudah membuktikan taat setianya kepada bangsa dan negara serta sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan negara.

“Beliau juga memiliki pengalaman mendalam berhubung identiti dan operasi 9 Dragon yang pernah beliau sebut sebagai mencaturkan pelantikan pegawai kerajaan serta pihak untuk menjaga kepentingan mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi PPIM.

Sebelum ini, Azam mendakwa saham tersebut dibeli oleh adiknya pada 2015 menggunakan namanya dan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam pemilikan terbabit.

Malahan, dakwa Azam, saham itu sudah dipindahkan semula kepada adiknya.

Azam juga berkata, perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka.

Bagaimanapun, apa yang meragukan adalah akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) bagi sebarang aktiviti dagangan saham, merupakan akaun persendirian dan tidak boleh digunakan oleh orang lain. 

Artikel oleh: Majoriti

BEKAS KPN CALON TERBAIK KETUAI SIASATAN TERHADAP AZAM BAKI

https://majoriti.com.my/berita/2022/01/18/bekas-kpn-calon-terbaik-ketuai-siasatan-terhadap-azam-baki