Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERHENTI KERJA DAPAT WANG KWSP – SINAR HARIAN – 18/05/2022
01 Jun 2022

MELAKA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) belum menerima sebarang aduan berhubung penipuan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan kerajaan pada bulan lalu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, bagaimanapun beliau dimaklumkan ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk pergi bercuti selepas menerima wang berkenaan.

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi semasa dengan kejatuhan ringgit seharusnya orang ramai terutama pengguna bertindak bijak dengan memastikan ada wang simpanan sebagai persediaan berdepan cabaran ekonomi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Ada sebuah syarikat keselamatan kira-kira 10 peratus daripada 500 pekerja berhenti selepas keluarnya wang KWSP.

“Dapat RM10,000 nak pergi bercuti, itu yang kita takut,” katanya selepas pelancaran Pertubuhan Industri Fesyen, Ksesihatan dan Kecantikan (Perfinas) di sini malam Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Perfinas berkata, pertubuhan itu akan menjadi platform untuk usahawan tempatan menyalurkan masalah termasuk isu produk tiruan yang bukan sahaja menjejaskan golongan itu malah memberi impak tidak baik kepada pengguna.

Menurutnya, mereka turut memberi khidmat nasihat dan bertukar fikiran di antara satu sama lain supaya usahawan dalam bidang berkenaan terus berdaya saing dan maju.

“Kita nak produk yang dikeluarkan mematuhi undang-undang selain dapat mewujudkan platform kemudahan seperti promosi dan sebagainya.

“Melalui kerjasama ini diharap usahawan dalam bidang tersebut dapat mengelakkan budaya sendiri-sendiri kerana kesepakatan akan lebih menjimatkan kos,” katanya

Artikel oleh: Sinar Harian

BERHENTI KERJA DAPAT WANG KWSP

https://www.sinarharian.com.my/article/202799/BERITA/Nasional/Berhenti-kerja-dapat-wang-KWSP