Sukacitanya turut serta menjayakan liputan media buat satu laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi berkenaan ‘tindakan tegas perlu dikenakan kepada sesiapa yang menghina jalur gemilang’.
Kuala Lumpur, 27 November 2019 (Rabu) di hadapan IPD Dang Wangi, perasaan rakyat Malaysia sekali lagi di guris atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu apabila melakukan penghinaan terhadap jalur gemilang.
Perbuatan memaparkan jalur gemilang dengan lima bintang seolah-olah segaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk membangkit kemarahan rakyat Malaysia apatah lagi apabila lagu Negaraku dinyanyikan.
Walaupun pihak persatuan bula keranjang (MABA) sudah membuat pemohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan tersebut, namun tindakan sewajarnya harus diambil supaya tidak lagi kejadian jenayah menghina Negara berlaku di masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMA) Pertubuhan Muafakat Sejahtera Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) dan beberapa NGO lain telah membuat laporan polis untuk mendesak pihak berwajid mengambil tindakan tegas kepada pelaku.
Artikel oleh: Kaca TV
BERITA | MENGHINA JALUR GEMILANG