Ah long ke tepi, sekarang tempatnya diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Dengan berlakunya ‘regim’ baru untuk memenjarakan mereka yang muflis ( contohnya, yang tidak mampu membayar kerana papa kedana atau gagal/lupa mengisytiharkan pemilikan motosikal berumur lebih 40 tahun yang dah jadi besi buruk pun) rasanya nasib ratusan ribu muflis (terutama para siswazah dan kakitangan kerajaan yang diisytiharkan muflis) bakal ramai-ramai beratur ke penjara.
Penjara juga perlu dibesarkan dan ditambah dan pihak penjara pula kena menganjurkan program-program (yang gagal dilaksanakan oleh JIM untuk membantu memulihkan para muflis berdikari) pemulihan bagi membantu para muflis untuk balik ke pangkuan masyarakat!
Kezaliman terbaru JIM memenjarakan para muflis yang daif ini, rasanya boleh meletakkan Malaysia ke barisan Negara-negara yang dikira zalim dan menafikan usaha-usaha bersungguh YAB Perdana Menteri selama ini.