Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERITA PPIM : Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi betul
01 Nov 2011

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan Suradi Daruis ke mahkamah adalah satu langkah betul dalam menjalankan kuasanya menurut Akta Kebankrapan 1967.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin melalui Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengatakan perintah dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 September lalu Suradi, 43, didapati bersalah dan dipenjara 30 hari kerana kegagalan membayar ansuran RM50 sebulan perintah sah.

“Suradi sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 30 hari bermula 27 September atas kesalahan menghina mahkamah dan tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan dia kepada satu proses komital adalah tindakan betul dalam menjalankan kuasa menurut Akta Kebankrapan 1967. “Namun, dalam meneliti fakta kes ini secara khas, mahkamah mengurangkan tempoh penjara ke atas Suradi dari 30 hari ke 25 hari,” katanya.

Menurutnya, mahkamah ketika memberikan keputusan juga mengingatkan Suradi mematuhi perintah dan menjelaskan ansuran bulanan RM50. Harian Metro semalam melaporkan Suradi lega masih diterima bekerja sebagai penyelia stor selepas cuti Deepavali ini walaupun berstatus bekas banduan.

Menurutnya, pada masa ini, dia hanya menumpukan kepada keluarga dan ingin melupakan kenangan pahit dipenjara selama 25 hari di Penjara Kajang dan dibebaskan Jumaat lalu, lima hari dari tempoh penahanan sebenar yang sepatutnya berakhir Rabu ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut dilaporkan berkata pihaknya akan merujuk kes Suradi kepada Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/TindakanKetuaPengarahInsolvensibetul/Article/