Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Bersama bela hak asasi manusia – Metro Online – 31/5/2017
01 Jun 2017

Snapshot(2)

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk membela hak asasi manusia termasuk warga asing di negara ini.

Aktivis PPIM, Yusuf Azmi berkata, menerusi kolaborasi itu, isu seperti hak kebebasan diri, nyawa dan kesamarataan di sisi undang-undang akan dilihat dengan lebih serius, sesuai dengan peraturan sedia ada ketika ini.

Katanya, pihaknya bersedia membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah daripada segi perundangan dengan pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah tidak kira sama ada yang belajar mahu pun bekerja.

“Kita terima banyak pertanyaan daripada pengguna dan sebahagian besarnya membabitkan warga asing. Jadi dengan kerjasama ini kita harap dapat membantu mereka keluar daripada masalah dihadapi.

 “Ini termasuklah menyediakan Kad Kemanusiaan kepada semua warga asing tidak kira sama ada yang bekerja, belajar atau tinggal di negara ini. Pemohon kad ini perlulah memiliki dokumen perjalanan sah, pasport atau visa,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat di 0162229041 atau 0149660945.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/233784/bersama-bela-hak-asasi-manusia