Kira-kira 50 NGO bersatu suara berdiri di belakang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyatakan sokongan penuh terhadap agensi itu supaya terus kekal bebas bertindak memerangi rasuah dan salah guna kuasa tanpa sebarang gangguan.
Sokongan NGO berkenaan antaranya daripada Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ikatan Silaturrahim Brotherhood menerusi penyerahan petisyen disampaikan kepada SPRM, semalam.