KUALA LUMPUR – Satu bual bicara isu kepenggunaan bakal menemui penonton bermula Khamis ini di saluran BERNAMA TV 502 Astro.
Dalam bual bicara bertajuk ‘Gerakan Kuasa Pengguna’ selama sejam bermula pukul 10 hingga 11 malam itu, sebanyak empat slot akan dibicarakan iaitu cabaran pengguna, Toki tegur jangan marah, sembang-sembang pengguna dan tips pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa yang menarik bual bicara sepanjang 13 episod secara langsung setiap minggu itu turut memaparkan tetamu istimewa seperti angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Maznah Hamid dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.
Selain menjemput tetamu terkenal Nadzim berkata, program tersebut turut menjemput mangsa-mangsa penipuan kepenggunaan seperti gores dan menang atau ah long untuk berkongsi pengalaman mereka.
Tambah Nadzim, pada masa sama beliau menyasarkan sebanyak 1.5 juta penonton untuk menonton rancangan ini. – K! ONLINE
Sumber : http://ift.tt/1sabHXx
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/