Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BUKAN SETAKAT DAGING, BIDANG FARMASI PUN ADA KARTEL – PPIM – MALAYSIA GAZETTE – 12/02/2021
12 Feb 2021

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendedahkan terdapat kartel yang terlibat dalam bidang farmasi dan ubat-ubatan negara.

Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, pihaknya diberitahu bahawa ada syarikat-syarikat farmasi yang berbelanja besar kepada individu untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.

“Ada juga kartel dalam faktor kesihatan, jangan ingat tidak ada. Maknanya syarikat-syarikat besar ini, rasuah percutian itu biasa, penerbangan kelas pertama, hotel lima bintang. Ini dedahkan oleh bekas pengarah syarikat farmasi yang pernah bekerja di syarikat-syarikat tersebut.

“Mereka jaga semua perkara ini, tidak payah buka mulut pun. Batuk pun sudah ada yang hantar (rasuah). Jadi benda ini kita kena ubah, selagi tidak ubah benda ini ia akan berterusan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Nadzim berkata demikian setelah diberitahu oleh bekas-bekas pengarah syarikat-syarikat berkaitan farmasi dan ubat ubatan terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang pernah ditawarkan percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport yang mempunyai kaitan dengan kartel daging ketika menjadi menteri.

Salahuddin berkata, tawaran tersebut diberikan ketika beliau mengadakan perjumpaan bersama wakil pengimport daging itu beberapa bulan selepas dilantik menjawat jawatan tersebut.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika di temuramah oleh Malaysia Gazzate di pejabat beliau di Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID 11 FABRUARI 2021

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika ditemuramah oleh wartawan Malaysia Gazzate di pejabat beliau di Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID 11 FABRUARI 2021
Nadzim berkata, tindakan memberi rasuah kepada golongan atasan seperti menteri bukan perkara baharu.

Nadzim berkata, tindakan memberi rasuah kepada golongan atasan seperti menteri bukan perkara baharu.

Malah ia turut melibatkan orang-orang bawahan yang jelas sudah menjadi budaya kepada masyarakat, ujarnya.

“(Rasuah) percutian ini di celah kuku sahaja, ini melibatkan arah tuju dan jutaan ringgit, melibatkan banyak perkara.

“Bukan perkara baru, yang low gun (orang bawahan) pun sudah jadi budaya. Ini yang kita kena lihat secara serius, tapi apabila berlaku kepada top gun, ia merupakan sumbangan atau entertaiment.

“Cuba bayangkan, pergi bercuti kursus dan sebagainya, ini tidak ramai dedahkan,” katanya.

Justeru itu, PPIM mencadangkan pegawai-pegawai penguatkuasa yang diamanahkan untuk menjaga keabsahan halal di negara ini supaya lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah akan kes ini.

“Kita harap pegawai-pegawai penguatkuasa ini melihat perkara ini sebagai serius, mungkin Marqis, Kastam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan semua kena melihat perkara ini sebagai satu yang serius supaya ia tidak berterusan.

“Saya takut selepas ini ada lagi, apa tindakan segera, mungkin polisi perlu diperbetulkan. Contoh kita ambil lembu yang hidup, daripada Mongolia, Pakistan yang disebelih di sini depan mata kita,” katanya lagi.

Isu Kartel Daging mula tular pada 2 Disember tahun lalu berikutan terbongkar kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai yang menemui 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

BUKAN SETAKAT DAGING, BIDANG FARMASI PUN ADA KARTEL – PPIM

https://malaysiagazette.com/2021/02/11/bukan-setakat-daging-bidang-farmasi-pun-ada-kartel-ppim/