#BuletinBernama : Aduan jenayah siber meningkat lebih 90 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 30 Jun.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kebanyakan aduan yang diterima melibatkan gangguan siber, penipuan, cubaan godam dan pelanggaran keselamatan maklumat dengan kebanyakannya berlaku di kawasan bandar.
Artikel oleh: Bernama TV
BULETIN BERNAMA | ADUAN JENAYAH SIBER MENINGKAT 90 PERATUS SEPANJANG PKP