Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CARA PINJAMAN MEMANG TAK MASUK AKAL – SINAR HARIAN – 8/1/19
08 Jan 2019

Sinar ( Cara pinjaman memang tak masuk akal ) 8.1.18

GOLONGAN individu terdesak memerlukan – wang dengan cepat, mudah terjebak dalam kes penipuan pinjaman akibat terpengaruh dengan kaedah pinjaman yang dilihat ringkas sama ada melalui telefon, e-mel malah boleh menggunakan medium media sosial seperti Facebook sahaja.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan, sepanjang Disember tahun lalu NGO tersebut menerima kira-kira 10 aduan berkaitan pinjaman tidak wujud.

Nadzim berkata, misalnya terdapat satu kes membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang menanggung kerugian RM54,000 setelah pada awalnya membuat permohonan pinjaman RM50,000.

“Mangsa seorang peniaga online sedang perlukan modal, kononnya dapat tawaran pinjaman kewangan dari

sebuah bank. Mangsa percaya tawaran itu lalu membuat pembayaran bagi memproses kelulusan pinjaman.

“Dia bayar RM54,000, kemudian diberitahu berlaku kesilapan di pihak institusi perbankan itu dan akan diberi ganti rugi bersama jumlah pinjaman sebanyak RM100,000. Tapi rupanya pinjaman berkenaan tak wujud,” katanya kepada Wartawan Sinar Siasat.

Nadzim berkata, kebanyakan kes menawarkan kelulusan pinjaman yang sangat mudah seperti itu bermula dengan memaklumkan pinjaman seseorang itu lulus, kemudian mangsa diminta mengeluarkan wang terlebih dahulu.

“Kaedah pinjaman dilihat tidak munasabah sejak awal lagi. Mangsa sepatutnya sedar pinjaman begitu berbentuk penipuan sebab tidak logik langsung, bila kita nak pinjam duit kita kena memberi wang terlebih dahulu kepada orang tidak dikenali.

“Mangsa yang dah mula proses permohonan pinjaman juga tidak terkecuali berhadapan dengan situasi diugut oleh si penawar pinjaman seperti akan ditarik kereta atau mangsa akan dicari hingga ke rumah,” katanya. 

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

CARA PINJAMAN MEMANG TAK MASUK AKAL