Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH – KOSMO – 26/09/2021
27 Sep 2021

JOHOR BAHRU – Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dengan skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang melibatkan pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.

Artikel oleh: Kosmo

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/