Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan pihak berkuasa menahan dua (2) individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo Halal terhadap daging yang dibawa masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf, namun tindakan yang lebih drastik perlu diambil.
Walau bagaimanapun rata-rata pengguna Islam berpendapat bahawa penahanan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga kerana tidak mempunyai kaitan yang signifikan dengan kartel yang dikatakan bermaharajalela selama ini.
Kami merasakan banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan masih ada persoalan terhadap penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seperti:
PPIM menyambut baik sebarang penubuhan badan berkecuali seperti Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa perundangan dan Penguatkuasaan Halal untuk merungkai perkara ini dan memastikan ianya tidak berulang. Kami juga berharap pemuka-pemuka kartel ini dapat dikenalpasti, ditangkap dan diadili tanpa mengira dari pihak mana ia wakili.
PPIM juga menggesa kerajaan melalui beberapa agensi berkaitan untuk memberikan tumpuan yang lebih serius kepada penghasilan daging tempatan dengan mencukupi dengan harga yang tidak terlalu membebankan pengguna dan tidak ketinggalan jaminan mutu yang tinggi serta Halal.