Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DEPOSIT KERJA – HARIAN METRO – 3/5/2017
03 May 2017

WhatsApp Image 2017-05-03 at 19.25.26 (2)

MAJIKAN MINTA DUIT DARIPADA BAKAL PEKERJA

Nak kerja pun kena bayar, Itu aduan terbaru diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kegiatan segelintir majikan yang mengenakan bayaran terhadap bakal pekerjanya.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, sejak awal tahun ini PPIM dimaklumkan mengenai ada bakal majikan meminta bayaran sebagai syarat untuk diterima bekerja.

Menurutnya, perkembangan terbaharu itu membebankan golongan muda terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan.

“Kami terima banyak aduan sebegini dan ia membabitkan sektor pekerjaan yang jarang-jarang dimohon.

“Ada yang membabitkan kerja di atas kapal layar. Syarat masuk, perlu bayar amaun tertentu, jika tidak, tak dapat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Nadzim berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti perkara itu kerana membabitkan unsur rasuah.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu apatah lagi ketika orang ramai memerlukan pekerjaan.

“Kami bimbang lama kelamaan ini menjadi tradisi dan diikuti pihak lain. Satu hari nanti, kelayakan akademik juga tidak memberi apa-apa makna,” katanya.

Menurutnya, PPIM meminta Kementerian Sumber Manusia meneliti perkara itu kerana ia membabitkan daftar pekerjaan di negara ini yang seharusnya bebas daripada penipuan.