Dialog yang disertai oleh lebih kurang 13 persatuan dalam industri itu turut dihadiri oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan lain-lainnya.
Dialog yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM.