Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DITENDANG LEWAT BAYAR HUTANG RM100,000 – HARIAN METRO – 9/1/19
09 Jan 2019

Metro ( ditendang lewat bayar hutang RM 100,000 ) 9.1.19

Kuala Lumpur: Dia ditendang di paha beberapa kali sehingga cedera teruk dan tidak boleh berjalan oleh kenalan sendiri akibat lewat membayar hutang RM100,000 seperti diminta.

Bukan saja dibelasah, malah wanita hanya mahu dikenali sebagai Mun, 50, mendakwa kenalan lelaki yang juga rakannya dalam perniagaan turut merakam kejadian itu.

Dalam kejadian sama di kilang pakaian terpakai miliknya di Kedah pada hujung November lalu, wanita itu mendakwa suaminya turut dibelasah kenalannya itu, namun hanya cedera ringan.

Mun mendakwa rakannya membelasahnya kerana tidak berpuas hati selepas menerima cek tendang daripadanya beberapa hari sebelum itu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki berkenaan bertindak seperti along sehingga sanggup membelasahnya.

Dakwanya, lelaki berkenaan juga mengugut akan mencederakannya jika dia gagal melunaskan bayaran diminta pada tarikh ditetapkan.

Menurutnya, dia meminjam RM70,000 daripada lelaki berkenaan Julai tahun lalu selepas mengalami masalah kewangan.

“Pada bulan pertama saya berjaya bayar ikut tarikh ditetapkan. Namun pada masa yang sama saya berdepan masalah aliran tunai berikutan ramai pelanggan belum membuat bayaran.

“Atas dasar persahabatan sama minta tangguhkan tempoh bayaran, namun tanpa diduga dia terus datang ke kilang dan membelasah saya.

“Akibat dikasari saya tidak boleh berjalan. Sampai sekarang saya tidak berani buka kilang kerana risau diganggu,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.

Mun berkata, dia kerugian RM60,000 kerana tidak dapat meneruskan operasi perniagaan seperti biasa selain terpaksa memberhentikan 10 pekerja.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Azman Kang berkata, pihaknya sudah menghubungi rakan mangsa untuk berbincang kerana tindakannya mengenakan faedah 12 peratus sama seperti modus operandi along.

 

Artikel Oleh : Harian Metro

DITENDANG LEWAT BAYAR HUTANG RM100,000

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/410107/ditendang-lewat-bayar-hutang-rm100000