Beberapa hari kebelakangan ini perbualan berkaitan “Perempuan Kebaya Merah” telah menjadi tular. Kami telah menerima berbagai pertanyaan dan rungutan yang mendakwa perkara ini membawa kesan negatif dan tahyul kepada masyarakat kita terutama kepada golongan muda.
Rungutan juga berkaitan filem ini yang dikatakan dibenarkan untuk tayangan 13 tahun.
Telah berlangsung satu sidang media di Pusat Aktivis PPIM bagi merungkai kerisauan beberapa golongan agamawan yang kurang selesa dengan perkembangan arah tuju industry perfileman negara yang dikatakan perlu mempunyai arah tuju yang jelas.