Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan menyarankan agar pengguna mengurangkan pengambilan gula berlebihan.
” Jika sebelum ini, kita beli lima peket, sekarang kita kurangkan kepada dua atau satu peket. Selain mengambil langkah jimat cermat, pendekatan ini juga baguys untuk kesihatan tubuh kita,” katanya.
Ditanya kemungkinan peniaga akan menaikkan harga jualan minuman mereka, Nadzim berkata: ” Jika ia berlaku, saya minta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau kepada pihak berkuasa tempatan.”