Tarikh: Sabtu 4 November 2017
Jam: 8:30 pagi – 5:30 petang.
Lokasi: Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC
Siri tahunan Forum Pengguna anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah pertama kalinya diadakan pada tahun 2011.
Penganjuran forum ini telah dicadangkan oleh Toqqi selaku Ketua Aktivis PPIM setelah mendapati bahawa para pengguna di Malaysia sering menjadi mangsa penipuan dan penindasan. Beliau merasakan perlu diwujudkan satu platform forum yang bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna berkaitan isu-isu kepenggunaan serta hak dan tanggungjawab mereka.
Sejak mula diadakan pada 6 tahun yang lalu, siri Forum Pengguna ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pengguna. Platform forum ini juga telah terbukti membawa banyak impak positif dan menyelesaikan pelbagai isu kepenggunaan dan sekaligus menjadikan ia satu acara tahunan yang dinanti- nanti oleh para pengguna.
Tahun ini, PPIM sekali lagi akan menganjurkan Forum Pengguna PPIM Yang Ke-7 2017 pada 4 November 2017. Antara isu-isu yang akan dibincangkan adalah:
Sesi 1:
Survival Pengguna: Mengadaptasi Kenaikan Kos Sara Hidup.
Sesi 2:
Kebangkitan Pengguna: Mencegah Masalah Ahlong & Muflis.
Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) pada dasarnya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke Forum ini.