Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2894) #ForumPengguna2015: PPIM DESAK @SKMM_MCMC ‘LENYAPKAN’ JUDI ONLINE!
17 Oct 2015

Forum Pengguna Ke-5 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) berjalan lancar dan mendapat sambutan diluar jangkaan.
Hampir 500 peserta yang hadir sejak awal pagi memenuhi dewan sepanjang forum berlangsung. Untuk pengetahuan, peserta forum terdiri daripada penuntut UNIRAZAK dan IPTA/IPTS tempatan serta orang ramai. 
SESI PERTAMA: MEDIA SOSIAL GUGAT KESEJAHTERAAN PENGGUNA. FAKTA ATAU AUTA?

Sesi pertama forum yang dijadualkan 10.30 pagi ini berjaya menjawab banyak persoalan dan kekeliruan pengguna berkenaan topik yang dibincangkan. Selain media sosial, bidang kuasa SKMM dan isu GST dalam transaksi tambah nilai prabayar juga turut diselitkan dalam sesi pertama ini.
Lebih 15 soalan dikemukakan oleh peserta dan ternyata ramai dari mereka yang sangat tidak senang dengan tindakan telco mengenakan cukai GST dalam transaksi prabayar telefon bimbit. Namun begitu, jawapan dari pihak SKMM mendapat penerimaan positif. 
Antara lain, Ketua Aktivis PPIM menyuarakan desakan terhadap SKMM untuk ‘lenyapkan’ SMS JUDI ONLINE dari telefon bimbit pengguna.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah berunding dengan lebih 300 pihak berkepentingan bagi…
Posted by Buletin TV3 on Saturday, October 17, 2015



SESI KE-2: “SEPETANG BERSAMA TOKOH – KONGSIKAN PENGALAMAN BERSAMA TOKOH”



Pada sebelah petang pula, forum dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Pertama Negara YB Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan YB Dato Hussamuddin Yaacub (CEO Kumpulan Karangkraf) sebagai panel bagi sesi kedua. 
Di akhir sesi, sesi serahan nombor plat PATRIOT juga turut dibuat. Plat ini disumbangkan oleh pihak YPNM yang bertujuan memberikan penghargaan diatas ‘patriotisme’ oleh kedua-dua tokoh yang dijemput.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan hari kedua ‘Forum Pengguna V 2015’ hari ini. Terdapat dua topik lebih hangat lagi akan dibincangkan dalam sesi 2 dan sesi 3 yang dijadualkan hari ini, iaitu “GST MEMBAWA KEMAKMURAN ATAU KESENGSARAAN” & “RASISMA MENGGUGAT PERPADUAN – API DALAM SEKAM, SALAH SIAPA?”

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

ALBUM GAMBAR HARI PERTAMA #ForumPengguna2015
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Saturday, October 17, 2015