Tidak tahan dengan anaknya yang menjadi tahi judi atas talian sejak empat tahun lalu, seorang bapa mengambil keputusan membawanya ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk diberikan motivasi dan kaunseling.
Selama tempoh itu jugalah, si bapa tidak mengetahui anaknya yang meminta wang sebanyak RM2,000 setiap bulan sebenarnya menggunakan wang terbabit untuk membayar hutang kalah judi.
Perbuatan itu terbongkar selepas dia mendesak anaknya yang berusia 25 tahun itu menceritakan perkara sebenar kerana hampir setiap bulan gaji yang diterima habis begitu saja.
Dia yang mahu dikenali sebagal Md Aris, 52 berkata, anaknya itu berkelulusan diploma kejuruteraan sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mula bekerja sebagai penyelia projek sejak empat tahun lalu.
“Sejak mula bekerja sampailah minggu lepas, setiap bulan saya perlu berikan dia RM2,000 kerana kehabisan wang belanja sedangkan dia dapat saji sebanyak RM2,400 sebulan.
“Dia juga ada meminjam dengan kawan-kawan dan tujuh along yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50.000,” katanya ketika ditemui di pejabat PPIM di sini, semalam.
Artikel Oleh : Harian Metro
GAJI HABIS BERJUDI