Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[GAMBAR] SAMBUTAN AMBANG MERDEKA ANJURAN #YayasanPatriot BERJAYA SATUKAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
01 Sep 2015

Sambutan ambang merdeka anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan PPIM yang diadakan di Teratak Merdeka, kediaman SU Agung PPIM Dato Dr Maamor Osman malam 31 Ogos lalu dimulakan dengan bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran.
Sebaik selesai bacaan yassin, majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu mula menjamu selera sambil menonton filem Bukit Kepong untuk menimbulkan semangat patriotik di kalangan anak muda.

Tiba detik 12.00 malam, hadirin mula melaungkan laungan Merdeka dan diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku.
Program yang dianjurkan oleh YPNM malam tadi berakhir dengan acara memotong Pulut Kuning Patriot tanda kesyukuran di atas keamanan dan perpaduan yang dikecapi selama 58 tahun.

Menurut Timbalan Pengerusi YPNM, Pulut Kuning Patriot akan dijadikan program tahunan dalam kalendar YPNM setiap kali sambutan Hari Merdeka.
Terima kasih kepada Dato Dr Maamor Osman kerana membenarkan sambutan Ambang Merdeka Pulut Kuning Patriot diadakan di Teratak Merdeka milik beliau.
Gambar lain: