Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“GENERASI SAMPAH!”- Pengguna
24 Dec 2019

Viral di media sosial memaparkan gambar keadaan taman rekreasi Tasik Titiwangsa yang tidak sampai dua minggu dibuka semula, namun keadaan taman teramat kotor dengan keadaan sampah yang bertaburan setelah digunakan oleh pengunjung.

Menurut @kw_seriwilayah, mentaliti masyarakat Malaysia tidak ubah seperti mentaliti Kelas Ketiga kerana keadaan taman rekreasi yang kotor. Terdapat juga paparan gambar lampin pakai buang yang dibiarkan bersepah walaupun tong sampah telah disediakan di setiap sudut taman awam terbabit bagi kemudahan pengguna.

(Sumber: Informasi Wilayah)

Paparan gambar tersebut menjadi bualan hangat netizen diruangan komen. Rata-rata mereka menyarankan supaya pihak penguatkuasa mengambil tindakan dengan membuat rondaan di kawasan tersebut atau melakukan sistem bertiket untuk pengunjung sebelum masuk ke dalam taman.

“Buat tiket berbayar je, lepas tu mintak deposit duit berapa byk barang bawak masuk, keluar bawak jumlah yg sama n pulang deposit balik.”- @Arifwshre

“Tong sampah dah disediakan tapi still buang merata-rata. Cuba anak tu terberak dalam kereta atau rumah sendiri, mau dimarahinya, sampai ade yg kena rotanlah anak tu. Tempat awam utk semua. Jadi semua ade tanggujawab bersama. Ubah kearah lebih baik.”- @pisaubesi

#PPIMprihatin #patriot #PPIM #viral #Negaraku #DBKL #Malaysiaku