Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Hanya 2 minggu sebelum berpindah – Berita Harian Online – 15/9/2017
15 Sep 2017

Snapshot

KUALA LUMPUR: Bangunan tiga tingkat yang menempatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, diubah suai daripada sebuah unit banglo ihsan dermawan enggan dikenali.

Ia diapit oleh Madrasah Ittifaqiah kira-kira tiga meter di kanan dan unit pejabat milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di kirinya dengan selang hanya dua meter.

Pusat tahfiz berkenaan berhadapan dengan deretan kediaman persendirian atas tanah lot yang dipisahkan oleh sebatang jalan menghubungkan Jalan Dato Keramat dan Bukit Pawang.

Di belakang pusat tahfiz berkenaan adalah Taman Tasik Dato Keramat yang menjadi tumpuan penduduk setempat beriadah dan bersukan.

Premis itu didiami 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara, sementara menunggu bangunan asal siap sepenuhnya.

Mereka dijadualkan berpindah ke bangunan asal hujung bulan ini, terletak kira-kira 500 meter dari premis sementara yang sudah siap diubah suai.

Bangunan asal berkenaan didiami pelajar tahfiz sejak 17 tahun lalu.

Kebakaran awal pagi tadi bagaimanapun tidak menjejaskan bangunan lain.