Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HANYA BERI KEUNTUNGAN PADA PENIAGA: PPIM – PERAK TODAY COM – 18/1/2017
18 Jan 2017

image-31-3

SHAH ALAM – Tindakan larangan penggunaan beg plastik namun dalam masa sama ia masih dijual peniaga disifatkan sebagai tidak wajar dan tidak akan menyelesaikan masalah.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan bahan ganti yang lebih sesuai atau mudah dihuraikan sebagai langkah penyelesaian.

“Matlamatnya bagus untuk kurangkan penggunaan beg plastik bagi menyelamatkan bumi, tapi apa yang berlaku sekarang seolah-olah memberi keuntungan tanpa sebab atau kebebasan kepada peniaga.

“Larang tapi jual, adalah perbuatan tak masuk akal. Sepatutnya kerajaan sediakan beg plastik yang mudah hurai, beg kertas atau kain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan adalah mewujudkan pendidikan kepada masyarakat dengan mengadakan promosi atau program yang memberi keuntungan bersama.

“Apa yang perlu kita buat adalah beri pendidikan kepada masyarakat untuk kitar semula. Wujudkan promosi seperti beri beg percuma jika datang bawa beg yang sama atau gunakan konsep ‘redeem’.

“Proses didikan ini memerlukan penglibatan kedua-dua pihak, bukan hanya untungkan peniaga sahaja. Pengguna perlu didahulukan, tapi dalam masa sama mereka juga harus bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu katanya, kempen kesedaran melibatkan pendatang asing juga perlu diwujudkan berikutan golongan tersebut dilihat sukar untuk memahami hasrat dan matlamat kerajaan negeri itu.

“Mungkin boleh kenakan caj untuk pendatang asing bagi tujuan pelupusan plastik. Duit yang diperoleh itu mesti disalurkan ke dalam tabung khusus untuk tujuan tersebut.

“Ini kerana pendatang asing merupakan antara penyumbang kepada masalah sampah, pencemaran mahu pun penyakit bawaan yang berpunca dari haiwan serta serangga seperti tikus, lalat dan sebagainya berikutan mereka kurang prihatin akan aspek kebersihan,” katanya.

-Sinar Harian