Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kerajaan membelanjakan lebih RM3 billion setahun untuk subsidi petrol sahaja.
Justeru itu, satu sidang media telah diadakan bagi mendedahkan perkara itu selain memberi beberapa cadangan bagi menggantikan kaedah subsidi sedia ada.