Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HARGAI KELONGGARAN, TINGKATKAN WASPADA DIRI SENDIRI – BERITA HARIAN – 29/04/2020
30 Apr 2020

KUALA LUMPUR: Kebenaran membawa seorang lagi ahli keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 untuk membeli barangan keperluan tidak seharusnya diambil mudah semua pihak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun dianggap satu berita baik oleh ramai orang, namun apabila membabitkan bahaya penularan COVID-19, semua pihak sewajarnya tidak boleh berkompromi aspek keselamatan diri.

Katanya, kebiasaan baharu yang disarankan dalam kehidupan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu diutamakan dalam setiap tindakan kita kerana bimbang akan wujud implikasi baharu yang lain pula.

“Kita hormati apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana yakin mereka mempunyai asas dalam membenarkan sesuatu perkara itu, bahkan mereka juga pasti mempunyai kajian yang masyarakat tidak tahu.

“Walaupun agak kurang setuju, namun saya percaya keputusan yang dilakukan oleh kerajaan adalah terbaik untuk semua orang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menerusi warta pelaksanaan PKP Fasa 4, kerajaan memberi kelonggaran dengan dua individu daripada sebuah keluarga boleh keluar bersama ketika membeli keperluan sepanjang PKP Fasa 4 yang bermula hari ini sehingga 12 Mei depan.

Nadzim berkata, budaya kebersihan perlu menjadi keutamaan selepas ini dengan mengamalkan mencuci tangan dan jangan terlalu bercampur bebas supaya kita lebih berhati-hati.

“Kita tidak mampu untuk melalui perkara ini sekali lagi dan dengan keistimewaan diberikan kerajaan ini, diharap masyarakat jangan mengabaikan kebersihan,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

HARGAI KELONGGARAN, TINGKATKAN WASPADA DIRI SENDIRI

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/683265/hargai-kelonggaran-tingkatkan-waspada-diri-sendiri